Pengalaman hidup di jepun
Pengalaman Tinggal di Jepun membuatkan aku jadi lebih berdisiplin dalam kehidupan seharian. "Ya ke tu sangat" Untuk pengetahuan umum aku Bukanlah seorang bekas pelajar lulusan dari Jepun,Bahasa Jepun masih lagi gagap,cumanya aku berwajah hitam dan tak kacak ni diminati oleh Isteriku untuk dijadikan Jodoh.
Disebabkan ramai yang bertanya macam mana nak berhijrah dan cari kerja di Jepun, Aku kongsikan sedikit berdasarkan pengalaman Aku sendiri. Pertama sekali kalau nak buat keputusan untuk berhijrah ke Jepun adalah untuk "Cari Kerja". Kamu boleh ikuti pelbagai tip tentang kehidupan di Jepun dari media saya:
PERMOHONAN VISA
Ada sesetengah Company yang uruskan semua documents, tapi pengalaman aku sendiri, kami yang kena uruskan sendiri dokumen ini. Perlu ulang-alik kedutaan Jepun di Pulau Pinang untuk dapatkan COE dan tukar ke visa status working visa spouse visa untuk pasangan dan dependent visa untuk anak, jika ada.
Sebaiknya urusan visa ini dilakukan di Malaysia. Jika dilakukan lepas sampai ke Jepun.
-----------------------------------
Elemen Ckakra yang perlu anda fikir sebelum nak tingal di jepun:
-Mempunyai matlamat dan visi yang jelas kenapa anda harus bekerja di
Mempunyai pegangan akidah yang kuat supaya anda tidak hanyut dengan cara hidup di sana.
Mempunyai mental yang kuat untuk menghadapi KESUNYIAN di tahap kritikal.
Tidak goyah dan kalah dengan nafsu tekak anda, yang menyebabkan anda mengalah tak boleh bertahan kerana takde rasa belacan pedas masam dan sebagainya, perlu survive mengisi perut dengan apa yang ada di sekeliling anda.
Bersedia untuk merubah sikap keseluruhannya. Perlu belajar menerima dan meresapi tatacara bekerja cara orang Jepun. MC? Datang lambat? balik awal? Nak pergi bank? Maaf. Sila pulang.
Tidak merungut gaji kecil dan pelbagai jenis kerja akan dipertanggungjawabkan ke atas anda.
Bersedia untuk mengalami amalan ‘Diskriminasi’ dari para senior anda. Jangan salah faham bukan diskriminasi bangsa atau kaum ya. Jika kena ketuk kepala dan anda balas balik, sila pulang juga.
Bersedia untuk menghadapi pelbagai tekanan ‘komunikasi’. Anda fikir anda faham dari segi bahasa, tapi dari segi nuans-nya memberi maksud berlainan.
Bersedia untuk menghadiri pelbagai acara tahunan syarikat yang hampir 90% anda perlu melayani rakan sekerja yang mabuk.
Bersedia untuk menyesuaikan diri bergaul dengan masyarakat di sana, ada ketikanya anda akan dilantik menjadi AJK kawasan perumahan anda dan mematuhi peraturan-peraturan kawasan setempat.
Pandai berjimat cermat. Nafsu untuk beli gadjet, kereta dan aksesori, barang elektrik elektronik, barang pancing dan sebagainya perlu dibendung.
Mempunyai ketahanan fizikal untuk menghadapi cuaca empat musim. Banyak kes ramai tak tahan sejuk nak balik Malaysia.
Mempunyai ketahanan jiwa raga kalau ada makwe pakwe kat Malaysia tu yang selalu suruh “Pulanglah”, ha pandai-pandai lah nak pujuk. Ramai juga gagal bahagian ni.
“YAKIN”. Yakin yang anda boleh untuk terus bekerja dan hidup di Bumi Sakura! Anda tak yakin anda akan goyah. Anda goyah, akan datang satu penyakit yang diberi nama ‘Utsubyo’ berkaitan mental.
Perlu berkorban untuk mempunyai cara pemikiran seperti orang Jepun. Dalam konteks lain “Nihonjin ni naru” atau ingin menjadi orang Jepun, supaya tubuh, naluri dan perasaan jadi sebati dan mudah untuk bergaul bekerja bermasyarakat dengan orang Jepun. Tapi bukan bermaksud anda buang semua pakaian asal anda. Jika tidak, pertembungan kendiri akan berlaku!
Buang segala ego, tetapi perlu ada ego untuk berjaya!
Lokasi kerja :
Untuk 3 tahun yang pertama di Jepun, aku hidup di Kagoshima. Tempat yang penuh Pasukan tentera KAMIKAZE ketika dahulu. Jarak dengan tempat
aku Kerja adalah lebih kurang 40 minit dengan menaiki kereta. Kalau jalan kaki mungkin makan masa Selama 6 ke 7 jam macam tu
Aku bekerja dalam bidang Buruh Kasar. Bidang yang mana akan membuatkan pecah kepala ,pecah Otot Badan,pecah urat tangan & seangkatan dengannya,mana tak nya hari hari kerja .
Balik kepada tempat aku kerja tadi. Nama tempat aku kerja ialah di KASHIABARA COP.Japan .Terletak di dalam Negeri Kyushu. Dalam kerja ni ada Pelbagai Bidang kejuruteraan . Mekanikal, Elektrikal, Mekatronik , painting dan macam macam lagi hal yang tak masuk akal.
Mula-mula masuk kerja ni, aku rasa macam pergi semula ke alam Dunia Baru .Ya lah Pengalaman kerja aku tak pernah pun buat kerja kerja mencanai,memahat memotong ,mengecat.ditambah dengan Bahasa jepun keLaut.tapi Aku gagah juga lah demi sesuap Nasi,walaupun aku hampir menangis.
"Selain itu, banyak benda lain yang patut kita teliti kerana perlu selari dengan etika kerja mereka. Penggunaan bahasa cara bahasa untuk menyapa, untuk bertanya.malah timing nak bertanya pun kena tahu.salah timing buah Maki depan orang ramai.
"Masa stres tu memang fikir nak balik keluar dari Jepun. Tapi selepas berfikir panjang teruskanlah dulu hidup di Jepun ni.bila masa sesuai nanti pulang ."
Masuk kerja, pagi-pagi kena bersenam, kena bagi ucapan dalam bahasa jepun kerja apa yang perlu dibuat.Nasib diorang tak bagi aku cakap sebab bahasa jepun aku ke laut .Waktu bangun pagi dari pukul 6.30am bergerak ke tempat kerja,jam 7.10am sampai ditempat lokasi kerja,pastu pumpang pumpang sikit,8.10am mula masa masuk bekerja.
Tinggal di sini memang kena ada kereta sebagai pengangkutan. Kalau takde tu, pandai-pandai lah nak naik pengangkutan awam seperti bas atau train, Kawasan sini boleh dikategorikan sebagai kampung. Tapi kampung di Jepun tak sama dengan kampung di Malaysia. Jauh sangat bezanya.
Kos bagi rumah sewa di Jepun ni agak mahal kalau di convert kan ke Ringgit Malaysia. Sewa sebulan dalam RM3000. Itupun rumah tak besar seperti malaysia.
Kadang-kadang Aku juga buat berniaga sambilan "runner Barang orang order". Sebagai contoh beg kasut baju,pendapatan Gaji sedia ada Nyawa nyawa ikan kalau korang nak tahu.
Tujuan aku berkongsi cerita ni bukan apa, kadang-kadang ada orang yang ingin tahu bagaimana rasanya tinggal di luar negara. Aku cuma dapat ceritakan sikit sahaja pengalaman tinggal di Jepun. Bukan semuanya indah-indah belaka. Tambahan bab belajar. Memang pening kepala. Bahasa pulak bukannya guna Bahasa Inggeris, kena guna bahasa tempatan.
So, nasihat aku bagi yang nak kerja di luar negara tu, sila kuatkan mental. Sebab kat negara orang ni, takde sape-sape yang nak tolong kalau ada masalah seperti sakit demam. Ibu bapa pun jauh. Kalau ada yang nak tolong pun, kawan yang ada di sekeliling sahaja. Good Luck!.
Sesiapa ada keterangan Lanjut boleh contact :
Email: salamlaksmana36@gmail.com
https://wasap.my/+818039747043
U r the best bro .jngan lupa balik kulim na..
ReplyDelete